KAJANG – Jabatan Imigresen gagal mengesan penggunaan pasport curi oleh 
dua individu misteri yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) 
MH370 kerana kedua-dua pasport itu tidak tersenarai dalam Senarai Suspek 
(SL).Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, 
mengikut amalan sistem keselamatan antarabangsa, setiap pasport yang 
dilaporkan hilang akan dilabel ‘SL’ dalam pengkalan data Interpol sebagai
langkah berjaga-jaga di setiap kaunter imigresen seluruh negara.

“Kita mendapat kerjasama dengan Interpol. Jika Interpol meletakkan tanda 
‘SL’ pada pasport hilang itu, semua kaunter imigresen seluruh negara akan 
diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.“Namun pasport berkenaan tidak
termasuk dalam senarai,” katanya ketika berkempen di sini, Selasa.

Polis pada Selasa mendedahkan telah mengenal pasti warga negara Iran, 
Pouria Nour Mohd Mehdad, 19, sebagai seorang daripada dua penumpang 
yang menaiki MH370 menggunakan pasport palsu.Ketua Polis Negara Tan 
Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki itu menggunakan pasport warga Austria 
yang sebelum ini dilapor hilang di Thailand oleh pemiliknya.

Lelaki warga Iran terbabit dipercayai akan berpindah ke Jerman dan tidak 
mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas, katanya 
dalam sidang media, di Sepang.Khalid berkata, identiti seorang lagi penumpang 
yang menggunakan pasport warga Itali masih dalam siasatan.

Media sebelum ini melaporkan dua daripada penumpang MH370 didapati 
menggunakan pasport palsu.Kedua-dua pasport itu sebelum ini dilapor hilang 
di Thailand, setelah kedua-dua pemiliknya disahkan masih hidup dan tidak 
menaiki pesawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. – mStar Online
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.