JAKARTA 11 Mac - Mahkamah Daerah Batam pada Isnin menjatuhi hukuman 
mati terhadap dua rakyat Malaysia dan seorang rakyat Singapura kerana 
mengedar 168,987 pil esktasi.utusan Rakyat Malaysia itu, Mohammad 
Sollehudin Anuar dan Azmee Johari, serta rakyat Singapura Ong Beng Song 
didakwa menyeludup masuk dadah itu dari Malaysia ke Indonesia melalui Batam. 
"Defendan didapati bersalah menyeludup dadah. Mereka memberi penjelasan
rumit dan bercanggah serta menafikan memiliki dadah itu," kata Hakim Jack 
Octavianus seperti dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Post pada 
Selasa. Jack berkata ketika-tiga mereka dijatuhi hukuman mati memandangkan 
jumlah dadah yang diseludup sangat besar dan jika diedarkan, banyak kehidupan yang akan musnah.-BERNAMA.
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.