#MH370: TIADA KAPAL SELAM DIGUNAKAN

By: Unknown →
PETALING JAYA – Tiada kapal selam digunakan dalam operasi mencari dan
mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata 
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Katanya, ini kerana kapal selam tidak sesuai melakukan tugas itu kerana ia 
hanya dilengkapi sistem sonar pengesan yang terhad dan tidak berupaya 
mengesan objek statik di dasar laut.

“Sonar yang dipasang pada kapal selam tidak mampu mengesan atau menjejak 
apa-apa objek yang berada di paras laut, ia hanya mampu mengesan objek 
yang bergerak atau yang mengeluarkan bunyi,” katanya dalam sidang media 
selepas melawat Pusat Kawalan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam di 
Subang di sini Selasa.

Turut melawat pusat itu ialah Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri 
Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Menteri Pertahanan.Abdul Aziz berkata, 
bagi mengesan objek di dasar laut ia selalunya dilakukan kapal yang dilengkapi 
sistem sonar lebih berkeupayaan tinggi dalam mengesan objek di paras laut 
seperti kapal selam penyelamat, kapal hidrografi dan kapal pengesan periuk api.

Katanya, kapal yang mempunyai kelengkapan itu telah dikerahkan ke kawasan 
operasi termasuk kapal MV Mega Bakti, KD Perantau dan KD Mahameru milik 
Tentera Laut Diraja Malaysia selain MV Swift Rescue milik Tentera Laut 
Singapura.

“Jadi saya harap selepas ini tidak ada lagi tohmahan ataupun pertanyaan 
mengenai kenapa kapal selam tidak digunakan dalam operasi mencari MH370 
ini,” katanya.Pada Sabtu lepas, penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 
dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan
12 anak kapal hilang dari imbasan radar pada 1.30 pagi, kira-kira sejam setelah 
berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Pesawat itu membawa penumpang terdiri daripada warga 14 negara dengan 
lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. – mStar Online

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.