Memalukan… dua pasangan Singapura dirakam bergaduh besar di hadapan
restoranPizza Hut, Ahad lalu.Dalam video yang dimuatnaik di YouTube ini,
seorang lelaki dipercayai warga Afrika bertekak dengan lelaki tempatan hingga
akhirnya berlaku tolak menolak.
Isteri warga Afrika yang dipercayai wanita tempatan kemudiannya masuk
campur lalu mengambil alih pergaduhan tersebut daripada suaminya.
Pengunjung pusat beli belah Compass yang menyaksikan insiden ini menjerit
dan menasihati mereka agar menghentikan pergaduhan namun ia tidak
dihiraukan.
Anak-anak pasangan ini juga kelihatan terkejut dan takut melihat kelakuan ibu
bapa mereka hingga menangis.
Namun tiada pihak yang mahu mengalah dan kedua-duanya dilihat turut
berkerasmengeluarkan telefon bimbit masing-masing dan mendakwa mahu
menelefon polis untuk melaporkan kejadian tersebut!
-mynewshub