KUANTAN: Malang bagi seorang suami beristeri dua apabila isteri keduanya
membuat ‘onar’ dengan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain setiap
kali dia berada di rumah isteri pertama untuk menjalankan tanggungjawab ber-
poligami.

Tidak cukup memadu kasih di rumah sendiri pada tengah malam selepas dua
 anak mereka tidur, wanita yang boleh dianggap ‘madu durjana’ itu sanggup 
 menyewa bilik di rumah tumpangan untuk bertemu kekasih hatinya pada
 sebelah siang.

Namun, kecurangan isteri berusia 30-an, bekerja sebagai pakar kecantikan itu
terbongkar selepas dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam satu 
serbuan di sebuah rumah tumpangan di Transit Point di sini, kira-kira jam 3 petang
kelmarin.

Dalam serbuan itu, wanita terbabit ditahan bersama pasangannya dipercayai 
berusia 30-an, bekerja sebagai pencuci kereta di bandar ini kerana disyaki 
berkhalwat.

Ketika ditahan, suami wanita terbabit kebetulan berada di tempat kejadian dan
sama sekali tidak menyangka isteri keduanya dicekup Jaip dalam serbuan itu.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 45, berkata, dia dapat
menghidu kecurangan isteri keduanya selepas hubungan mereka dingin kira-kira 
sebulan lalu.

Katanya, dia yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dengan mak 
andam yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu atas dasar
cinta tidak menyangka dikhianati dengan cara demikian.

“Hancur luluh hati saya mengenangkan kecurangannya sedangkan selama ini 
 saya yang banyak menaikkan perniagaannya sehingga berjaya. Saya begitu
 kecewa dengan apa dilakukannya,” katanya.

 Mohamad berkata, dia menerima maklumat isteri keduanya itu sering membawa
 kekasih gelap ke rumah mereka ketika dia berada di rumah isteri pertama.

“Semua perbuatan isteri terbongkar selepas dia ditahan Jaip petang semalam
 (kelmarin)".

“Baru kini saya tahu mengapa hubungan kami selama ini begitu dingin sehingga-
 kan dia seolah membenci saya setiap kali tiba giliran saya pulang ke rumah 
 untuk menunaikan tanggungjawab kepadanya,” katanya yang mempunyai 
 seorang anak lelaki berusia tiga tahun hasil perkongsian hidup dengan isteri 
 keduanya itu.

Menurutnya, dia menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk meng-
hukum perbuatan isterinya.

“Apa yang tinggal kini hanya kenangan bersamanya selama lebih 10 tahun men-
 genali sebelum kami mengambil keputusan bernikah lima tahun lalu.

“Hati saya hancur dan sudah tawar untuk menerimanya selepas mengetahui 
 kecurangannya.Saya rasa dikhianati,” katanya sebak.

Harian Metro difahamkan pasangan itu dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan 
Undang-Undang Syariah Jaip bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam 
Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987), pasangan disyaki berkhalwat boleh didenda
sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit 
kesalahan.-harianmetro1-gambar hiasan
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.