Umum mengetahui, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan memang
terkenal dengan penampilannya yang cenderung memakai gaun-gaun
mengikut bentuk badan bagi mengekalkan kecantikan dan mengesan
sebarang tanda-tanda kegemukan.
Bagaimanapun, dengan usia kandungan Cik Ta yang kini sudah men-
Bagaimanapun, dengan usia kandungan Cik Ta yang kini sudah men-
cecah 10 minggu, berat badannya sudah bertambah sebanyak empat
kilogram. Sebab itu, beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi
memakai gaun dan baju yang mengikut bentuk badan tetapi semakin
selesa mengenakan pakaian longgar.
“Saya sendiri terkejut berat badan naik dengan mendadak. Selera
“Saya sendiri terkejut berat badan naik dengan mendadak. Selera
makan semakin bertambah dan saya sekarang sangat suka makan
nasi daripada makanan Barat."
“Buat masa ini berat badan saya 54 kilogram. Jadi, saya sudah mula
“Buat masa ini berat badan saya 54 kilogram. Jadi, saya sudah mula
tinggalkan baju yang mengikut badan, sebaliknya pakai baju yang
longgar dan selesa.”
Ditanya tentang perubahan bentuk badan yang bakal dialami, Cik Ta
memberitahu tidak kisah dengan perkara tersebut termasuk per-
tambahan berat badan. Baginya, sudah menjadi lumrah bagi wanita
yang mengandung berhadapan dengan perubahan.
“Memang saya mengaku saya seorang yang sangat mementingkan
kecantikan tetapi apabila hamil, banyak perkara yang berubah
terutama bentuk badan."
“Saya sudah bersedia dan tidak kisah dengan perubahan itu. Bagi
“Saya sudah bersedia dan tidak kisah dengan perubahan itu. Bagi
saya, kehamilan dan perubahan badan sesuatu yang dilalui oleh
setiap wanita. Paling penting selepas bersalin, saya akan menjaga
pemakanan sebaik mungkin."-plgmcm