Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba
seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal, Profesor
Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.

Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan komen dari peminat serta pengikutnya
di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung 
terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.

Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis
 berkenaan sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi:
“Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu 
 berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”

Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan
 dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.

Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya 
yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadap-
nya adalah benar atau sebaliknya.

“Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak
 UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang,” tanya seorang pemilik akaun
 Facebook bernama Mohd Syafiq.

Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang 
mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang 
meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang 
pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul ke-
hormatan pelajarnya.

Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan
yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan
mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada
di pejabat lelaki berkenaan.

Dalam laporannya, Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, 
Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.

Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan 
namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai.

“Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu
 takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan 
semata-mata nak jatuhkan maruah profesor,” kata Basyari Fiqri.

Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat 
kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri 
manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan 
sabar dengan dugaan.-bh.net


    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.