Kabinet kerajaan Negeri Sabah dalam mesyuarat minggunya pada Rabu,9 April telah mengambil pendirian untuk mengkaji semula lesen perniagaan semua pengusaha resort
di negeri ini yang mengambil pekerja asing tanpamemiliki dokumen yang sah.Menteri
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam.Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun berkata, langkah
itu termasuk mewajibkan pengusaha resort mengemukakan senarai semua pekerja mereka
bersama butiran peribadi masing masing untuk tapisan keselamatan oleh polis dan Jabatan Imigresen.
Agensi berita nasional, Bernama memetik beliau sebagai berkata, pengusaha resort mem-
Agensi berita nasional, Bernama memetik beliau sebagai berkata, pengusaha resort mem-
punyai masa sebulan,mulai hari ini (9 Apr), untuk berbuat demikian, dengan pengusaha
resort di pantai timur dikehendaki mengemukakan senarai pekerja mereka kepada Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom),manakala mereka di pantai barat pula,
kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
“Ini (kewajipan mengemukakan senarai pekerja) bukan bermaksud untuk menghukum peng-
“Ini (kewajipan mengemukakan senarai pekerja) bukan bermaksud untuk menghukum peng-
usaha resort, tetapi untuk mendidik mereka supaya mematuhi undangundang dan tidak
mengambil pekerja tanpa izin atau yang tidak memiliki dokumen sewajarnya,” katanya
pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet negeri di Kota Kinabalu.
Persoalannya ialah mengapa baru sekarang – selepas tiga kali insiden penculikan melibat-
Persoalannya ialah mengapa baru sekarang – selepas tiga kali insiden penculikan melibat-
kan pelancong asing berlaku sehingga menjejaskan maruah dan juga nama baik negara
ini.Yang terbaru ialah insiden di Pulau Pom-Pom pada 15 November tahun lalu dan kini
melibatkan Singamata Resort pada 2 April lalu.
Satu-satunya sebab mengapa pelancong asing tetap datang ke pantai timur Sabah kerana
Satu-satunya sebab mengapa pelancong asing tetap datang ke pantai timur Sabah kerana
perairan dan pulaunya adalah di antara yang tercantik di dunia.Pulau Sipadan misalnya
pernah diundi oleh industri pelancongan antarabangsa sebagai salah satu daripada 10
pusat skuba yang tercantik di dunia. Keunikan bunga karang dan hidupan lautnya tiada
tandingan.
Malah untuk berkunjung ke Pulau Sipadan, seseorang pelancong perlu membuat tempahan
Malah untuk berkunjung ke Pulau Sipadan, seseorang pelancong perlu membuat tempahan
10 bulan lebih awal untuk mendapatkan tempat.Setiap pelancong Jepun yang pernah
datang ke Sipadan dan kawasan sekitarnya pasti akan datang semula atau mengesyor-
kan kepada rakan-rakan atau taulan supaya berkunjung ke situ.
Malangnya pulau ini juga pernah menyaksikan para pekerja dan pelancongnya menjadi
Malangnya pulau ini juga pernah menyaksikan para pekerja dan pelancongnya menjadi
mangsa penculikan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan Abu Sayaf di Filipina pada
tahun 2000.Setiap pelancong asing tahu yang mereka mengambil risiko yang besar
untuk berkunjung ke timur Sabah.
Tetapi mereka tetap datang dengan harapan pihak berkuasa tempatan dan keselamatan
Tetapi mereka tetap datang dengan harapan pihak berkuasa tempatan dan keselamatan
mengambil ikhtibar dari insiden sebelum ini.Nampaknya tidak.Maka itu, keputusan
yang dibuat oleh kerajaan Sabah untuk bertindak tegas memang wajar dan patut.
Yang tidak sepatutnya ialah, mengapa baru sekarang hendak kuatkuasakan undang-undang dan kelihatan tegas.Ia seolah-olah memberi gambaran yang selama ini, pihak
Yang tidak sepatutnya ialah, mengapa baru sekarang hendak kuatkuasakan undang-undang dan kelihatan tegas.Ia seolah-olah memberi gambaran yang selama ini, pihak
berwajib tidak tegas, tidak ambil kisah dan menutup sebelah mata dengan keselamatan
serta reputasi negeri dan negara berhubung isu keselamatan ini.Sabah untuk sekian
lamanya memberi gambaran kepada umum yang ia adalah sebuah negeri tanpa undang-undang bila berhadapan dengan pendatang dan pekerja asing.
Tidak cukup dengan skandal kad pengenalan dan pekerja asing, kini ia dicalarkan dengan
Tidak cukup dengan skandal kad pengenalan dan pekerja asing, kini ia dicalarkan dengan
insiden penculikan pelancong asing pula – di tahun kita melancarkan kempen ‘Melawat
Malaysia’ di serata dunia pulak tu.
Insiden pencerobohan oleh bala tentera Sultan Jamalul Kiram di Tawau dan insiden
penculikan dan pembunuhan warga Taiwan di Pulau Pom-Pom baru-baru ini seperti
tidak memberi sebarang kesan atau pengajaran kepada kita.Masalah ‘tidak apa’
kita kini memakan diri, reputasi dan nama baik kita sendiri. –Mstar.com.my