Alasan yang diberikan ketika ditangkap ialah dia geram kerana diberi saman oleh anggota 
polis trafik yang menjalankan tugas. Dia disaman kerana memandu laju pada 17 Mac lalu 
dan baginya laluan tiga lorong di Jalan Bongawan-Papar, Sabah merupakan tempat yang 
tidak perlu dikenakan sebarang sekatan had laju.

Tiga lorong baginya bermakna, berada di lorong memotong, bolehlah dia pandu selaju-lajunya. Alasannya ialah memotong!

Namun wanita beranak satu berusia 28 tahun dan bertugas sebagai Pembantu Anti Dadah 
di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Beaufort, Sabah akhirnya menerima natijah 
daripada perbuatannya sendiri apabila dia membuat posting menghina anggota polis di 
dalam Facebook.

Norita Salamah binti Zaman ditahan di pejabatnya yang terletak di Tingkat Bawah, Bangu-
nan Urusetia Daerah Beaufort setelah seorang anggota polis trafik wanita membuat lapo-
ran polis setelah Salamah menulis dan menyiarkan posting menghina anggota polis dan 
menuduh mereka menerima rasuah di Facebook.

Jam 9:00 malam, pada 8 April, anggota polis wanita tersebut melihat dan membaca post-
ing Norita Salamah di Facebook yang menyebut anggota-anggota polis trafik sebagai 
ANJING-ANJING PUTIH C NAJIB.

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.