BEIJING – Seorang wanita terkejut selepas mendapati implan yang ditanam 
dalam payu daranya sejak 12 tahun lalu, telah bergerak ke bahagian lain badan 
dengan sebelah di bahagian belakang manakala sebelah lagi di bahagian perut.
Wanita itu, Tian Hui, 39, berkata, dia menanam implan tersebut pada 2002 
untuk kelihatan menarik selepas suaminya menjalinkan hubungan dengan 
seorang wanita berusia enam tahun lebih muda daripadanya.

Jelas Tian, sejak itu keyakinannya tergugat, menyebabkan dia mengambil kepu-
tusan untuk melakukan pembedahan membesarkan payu dara, apatah lagi sele-
pas suaminya berjanji untuk menamatkan hubungan sulit berkenaan.

“Saya selama ini percaya perkahwinan kami bahagia sehinggalah dia menja-
lin hubungan dengan wanita lain.“Kami berbaik semula demi kepentingan 
keluarga,’’ katanya yang mengusahakan perniagaan restoran.

Tian kemudiannya membuat pembedahan payu dara itu namun selepas beberapa 
tahun pembedahan itu dijalankan, dia mendapati implan itu sentiasa bergerak.

“Saya amat malu dan cuba menyembunyikannya. Setiap kali bangun tidur 
implan itu bergerak dan berada jauh antara satu sama lain. Keadaan ini 
memaksa saya melakukan pemeriksaan doktor,’’ katanya.

Dia kemudiannya menjalani pembedahan membuang implan tersebut dan mema-
sukkan implan baru. Dalam pada itu doktor yang merawatnya berkata, implan itu 
adalah racun dan jika ia dimasukkan ke dalam badan, ia bukan sahaja menye-
babkan kerosakan kepada saraf malah kepada buah pinggang.“Dalam kes-kes 
tertentu, ia boleh menyebabkan kanser,’’ katanya.-Mynewshub

    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.