Anak lelaki Linda Rafar disahkan hidap penyakit ketumbuhan kronik - Pelakon
terkenal, Linda Rafar diuji dugaan hebat apabila anak keduanya, Rezaiman
Keiflin,12, disahkan menghidap ketumbuhan kronik dalam perut dan kini perlu
menjalani rawatan untuk mengelak ia merebak.
Rezaiman yang sebelum ini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (PPUKM), Cheras selama tiga minggu kini menerima rawatan lanjut
di rumah.
Difahamkan, Linda sudah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk berikhtiar
mengubat penyakit anaknya sama ada melalui kaedah moden mahu pun
tradisional.Malah dia baru sahaja membeli ubat berharga RM12,000 untuk
kegunaan anaknya itu selama 19 hari.
Memetik kenyataan Linda kepada laman web Astro Gempak, dia berterima kasih
kepada bantuan yang diberikan kepada keluarganya namun pada masa sama
berasa malu dan risau jika ada yang menyangka dia cuba mengambil kesem-
patan menggunakan alasan anak.
“Terus terang saya katakan, setiap bantuan yang kami sekeluarga terima saya
terus masukkan dalam akaun Rezaiman dan terus fikir jalan alternatif lain untuk
bantu lawan penyakit anak saya.”-plbgaicm.com