Ramai berasa kurang senang dengan tindakan Bomoh VIP atau Ibrahim Mat Zin 
yang melakukan ritual pelik di KLIA tempoh hari kerana ia dianggap memalukan 
negara.Salah seorangnya adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin 
(KJ) yang meluahkan perasaan tersebut menerusi Twitter.



Rupa-rupanya, tindakan KJ ini telah mendatangkan kemarahan Ibrahim 
apabila mengetahuinya.Justeru, Ibrahim memberi amaran mahu mengambil
tindakan terhadap KJ termasuk menyaman sebanyak RM100 juta dan bertemu 
dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memprotes tentang 
pemilihan KJ sebagai menteri.

Menyifatkan KJ sebagai budak baru yang mencari publisiti menggunakan 
namanya, Ibrahim turut mencabar KJ agar meletak jawatan sebagai menteri
dan berlawandengannya.

“Saya tampar dia macam buaya baru tahu. Dia cakap kurang asam, biadap,
”tutur Ibrahim dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di YouTube 
  sejak semalam.-mynewshub

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.