Walaupun dinafikan oleh kerajaan Malaysia, namun penyiasat Amerika 
Syarikat (AS) masih kekal dengan pandangan bahawa MH370 mungkin 
telah terbang sehingga 4 jam lagi selepas hubungan dengan menara 
kawalan dipercayai sengaja diputuskan pukul 1.30 pagi, Sabtu lalu.

Menurut pakar berkenaan, laporan media sebelum ini bahawa maklumat 
dihantar oleh enjin Boeing memang tidak tepat tetapi sebenarnya ia 
merujuk kepada analisa isyarat komunikasi satelit berkaitan status 
sesetengah sistem dalam penerbangan yang dihantar Boeing 777 secara 
otomatik ke daratan.

Menurut pakar berkenaan, hampir 4 jam selepas MH307 hilang dari radar 
awam, saluran komunikasi dalam kapal terus berhubung dengan satelit 
dalam mode ‘stand by’.

Komunikasi tahap itu menurut pakar berkenaan tidak menghantar
sebarang data tetapi memperlihatkan kapal terbabit sebagai tidak 
terhempas dan masih beroperasi.Merumuskan perkara itu, pakar berkenaan 
berkata, selepas hilang dari radar awam, sistem komunikasi kapal berkenaan 
masih berhubung dengan satelit cuma ia tidak menghantar apa-apa maklumat 
atau data.

Andai kapal berkenaan meletup atau musnah di udara, maka tidak akan 
ada apa-apa langsung perhubungan antara sistem dalam kapal dengan 
satelit.“Perumpamaannya di sini ialah kapal itu berkata, saya masih di 
sini dan saya bersedia untuk menghantar data,” katanya seperti yang 
dilaporkan Asia Wall Street Journal.

Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri 
Hishammuddin Tun Hussein semalam menyangkal dakwaan media asing 
bahawa pesawat MH370 yang masih hilang, telah terbang untuk beberapa 
jam selepas lenyap daripada radar pada awal pagi 8 Mac, yang menyarankan 
kemungkinan adanya cubaan rampasan.

Beliau berkata transmisi terakhir daripada pesawat itu adalah pada 1.07 
pagi dan ia menunjukkan bahawa semuanya normal.Hishammuddin 
berkata berikutan laporan mengenai dakwaan itu, MAS telah bertanya 
kepada Rolls Royce dan Boeing Company secara khusus mengenai 
penghantaran data, dan syarikat berkenaan menyatakan laporan itu 
adalah tidak tepat.

Menurut analisa pakar, jika kapal berkenaan terus terbang selama 
4 jam lagi setelah hilang dari radar, maka pesawat berkenaan telah 
mengembara 2,200 Batu Nautika Atau 4,048 kilometer (KM) dari 
lokasi ia hilang.

Ia boleh meliputi antara kawasan seperti Papua New Guinea, Irian 
Jaya, Utara Australia, Burma, India, Pakistan, Laos dan lain-lain lagi.
Pegawai mencegah keganasan Amerika Syarikat sedang memeriksa 
sama ada MH370 “secara sengaja mengubah haluan” daripada laluan 
yang dirancang dengan “hasrat untuk menggunakannya kemudian 
bagi tujuan lain.” – MYNEWSHUB
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.