Tiada Pengesahan MH370 Mungkin Di Lautan Hindi

By: Unknown →
Sepang -  Dalam sidang media mengenai perkembangan usaha mencari dan 
menyelamat MH370 yang telah masuk hari ketujuh, Datuk Seri Hishammuddin 
berkata operasi mencari telah diluaskan lagi di Lautan Hindi dan ke timur 
Laut China Selatan.

"Buat masa ini terdapat 57 kapal dan 48 pesawat dalam usaha mencari.Tiga 
belas negara kini terlibat," katanya semalam.

Beliau berkata Boeing dan Rolls Royce mengesahkan satu laporan media 
bahawa data enjin menunjukkan pesawat itu telah terbang untuk beberapa 
jam selepas perhubungan terakhir, adalah tidak benar.

Beliau juga berkata dua tumpahan minyak dikesan di Laut China Selatan, 
kira-kira 60 batu nautika selatan di mana perhubungan terakhir dengan 
MH370, bukanlah daripada pesawat yang hilang itu.

"Tumpahan pertama yang telah disiasat dan dianalisis didapati mengandungi 
sedikit kesan bahan api jet.Tiada serpihan ditemui di kawasan itu.Kami tidak
percaya tumpahan itu berkaitan dengan MH370.sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.