Kuala Lumpur - Kerajaan Perancis menawarkan bantuan kepada Malaysia 
untuk menyiasat kehilangan pesawat MH370 yang dalam penerbangan dari 
Kuala Lumpur ke Beijing.

Perdana Menteri berkenaan Jean-Marc Ayrault, dalam suratnya kepada 
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata Pejabat 
Penyiasatan dan Analisis bagi Keselamatan Penerbangan Awam Perancis 
bersedia memberikan bantuan kepada Malaysia.

Sambil menyatakan rasa sedih dan simpati di atas kehilangan pesawat 
Malaysia Airlines itu, Ayrault berharap pesawat itu dapat ditemui dengan
segera.

"Saya ingin memberi jaminan kepada anda, Yang Amat Berhormat Perdana 
Menteri, tentang pertimbangan tertinggi saya (terhadap usaha ini)," kata beliau.

Laporan awal menyatakan terdapat empat penumpang Perancis dalam pesawat 
itu, yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.