Keluarga para penumpang MH370 di China sebentar tadi mula berarak ke Kedu-
taan Malaysia Beijing bagi membuat bantahan dan mengelar Penerbangan Malay-
sia (MAS) sebagai pembunuh.

Sebelum ini, seorang ahli keluarga yang tidak dikenali membacakan satu kenya-
taan di sebuah hotel di ibu negara China itu mengutuk MAS, kerajaan dan ten-
tera Malaysia sebagai ‘secara berterusan melambatkan, menyorok dan menutup 
kebenaran’.

“Ia adalah satu percubaan untuk menipu keluarag mangsa dan cubaan menipu 
rakyuat seluruh dunia,” kata kenyataan itu yang kemudiannya dimuat naik ke 
mikroblog di China.

Mereka berarak dengan azam untuk memperlihatkan tanda marah dengan apa 
yang disifatkan mereka sebagai rasa bersalah yang tidak boleh dimaafkan.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 
dalam usul tergempar ucapana takziah kepada keluarga mangsa di Parlimen 
memberitahu, kejadian MH370 bukan isu politik dan sikap bersatu semua 
pihak amat perlu.

Beliau juga memberitahu bahawa kawasan pencarian di Lautan Hindi adalah 
sangat mencabar dan kerajaan berusaha sebaik mungkin untuk mengesan 
kotak hitam penerbangan.

Najib juga memberikan jaminan bahawa kerajaan Malaysia tidak sama sekali 
cuba menyembunyikan sebarang fakta atau maklumat.Malam tadi, beliau 
memberitahu bahawa data satelit yang ditafsir sebuah syarikat pakar dari 
United Kingdom mengesahkan MH370 terhempas di selatan Lautan Hindi.

Sementara itu, kerajaan China mendesak Malaysia agar menyerahkan data 
satelit yang diperoleh dalam rumusan bahawa MH370 telah terhempas di 
kawasan yang dimaksudkan.

Proses mencari MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dihentikan beberapa 
negara termasuk Australia dan New Zealand pagi ini berikutan keadaan 
cuaca yang buruk. Mynewshub
Pasukan polis tambahan China tiba di hadapan kedutaan Malaysia.
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.