AS Hantar Dron Dasar Laut Bantu Cari MH370

By: Unknown →
Washington - Amerika Syarikat akan menghantar dron milik tentera laut 
negaranya ke dasar laut dalam usaha mencari serpihan pesawat Malaysia 
Airlines MH370,kata Pentagon.

Kenderaan dasar laut yang mempunyai kelengkapan sonar itu dikenali sebagai 
Bluefin dan ia mampu menerokai perairan sehingga kedalaman hampir 15,000 
kaki (4,572 meter).

Pengumuman untuk menggunakan kenderaan tersebut dibuat selepas beberapa
jam Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu hilang di Lautan Hindi.

Bagaimanapun, Pentagon berkata bahawa teknologi tersebut hanya boleh 
digunakan apabila kawasan pencarian dikecilkan.

"Dalam usaha untuk teknologi ini berfungsi, anda perlu mengenal pasti kawasan 
bawah laut yang anda mahu lihat," kata jurucakap Pentagon, Rear Admiral 
John Kirby. (Reuters)-Rtm
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.