Tulis Sinar Harian yang memetik laporan The Mirror, seorang ahli psikik,
Uri Geller diminta membantu pihak berkuasa dalam usaha mencari 
pesawat MH370.“Menurutnya, seorang tokoh berpengaruh di Malaysia 
telah meminta bantuannya untuk menggunakan kepakarannya untuk 
mengesan pesawat terbabit.”

Kalau Raja Bomoh tersohor dengan tampar buaya, Uri Geller terkenal dengan
aksi membengkokkan sudu tanpa menggunakan tenaga fizikal.Uri mendakwa
dia menggunakan kaedah ‘penglihatan jarak jauh’ bagi mengenal pasti
kedudukan sebenar pesawat MH370.

“Saya mempunyai pandangan dan teori saya sendiri mengenai kehilangan 
pesawat itu.“CIA percaya kaedah sebegini boleh membantu pihaknya untuk
menyelesaikan kes-kes yang rumit,” katanya kepada The Mirror.

Uri hanya berpendapat, juruterbang pesawat itu lemas akibat kebakaran 
dalam pesawat.Kena tanya dia dan Raja Bomoh, takkan tak boleh bagi 
koordinat di mana pesawat tu berada!!-sinar
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.