SEPANG - Siasatan pihak berkuasa berhubung kehilangan pesawat MH370
pada hari kelapan semalam memasuki fasa baharu apabila kapal terbang milik
Penerbangan Malaysia (MAS) itu disahkan telah berpatah balik menuju sama
ada ke Kazakhstan atau Lautan Hindi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, komunikasi terakhir
yang diperoleh daripada pesawat itu ialah pada pukul 8.11 pagi 8 Mac lalu
selepas data enjin dikesan hilang daripada radar pada pukul 1.07 pagi.
Katanya, berdasarkan kiraan itu, kapal terbang tersebut mampu terbang hingga
ke dua tempat bergantung kepada arah yang diambil sama ada Kazakhstan atau
Lautan Hindi.
"Siasatan lanjut juga mendapati Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat
(ACARS) telah dipadamkan sebelum pesawat tersebut tiba di pantai timur
Semenanjung Malaysia.
"Transponder pula dimatikan sebaik pesawat melintasi menara kawalan
trafik yang terletak antara sempadan Vietnam dan Malaysia."Bermula dari saat
itu, radar primari militari telah mengesan satu plot yang dipercayai MH370
telah berpatah balik.
dengan tindakan seseorang di dalam pesawat itu," katanya pada sidang akhbar
di pusat media di Hotel Sama-Sama di sini semalam.Kosmo