Sepang -  Pasukan utama teknikal misi mencari dan menyelamat (SAR) 
kini dipecahkan kepada tiga kumpulan membabitkan diplomatik aset dan 
logistik serta teknilai kerana kawasan liputan semakin luas.

Mengumumkan demikian, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri 
Hishammuddin Hussein berkata, kumpulan diplomatik diketuai diketuai 
Kementerian Luar, ATM (aset/logistik) manakala Jabatan Penerbangan 
Awam (DCA) mengetuai pasukan teknikal.

Malaysia akan menghantar dengan segera wakil tertinggi ke Beijing bagi 
memberi taklimat dan maklumat terkini mengenai usaha mencari dan 
menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kepada keluarga 
mangsa.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 
berkata pasukan itu terdiri daripada wakil Jabatan Perdana Menteri, Wisma
Putra, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Penerbangan 
Awam (DCA) dan MAS.

“Pasukan itu akan diketuai oleh Komander Operasi TUDM, Leftenan Jeneral 
Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dibantu Pengarah Perkhidmatan Trafik 
Udara DCA dan beberapa juruterbang kanan pesawat Boeing 777,” katanya 
pada sidang media harian mengenai Misi Mencari dan Menyelamat MH370 
di Hotel Sama-Sama.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga berkata, semua penumpang dan 
anak kapal pesawat MH370 masih disiasat tetapi mereka kekal sebagai 
tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Berita Rtm
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.