SEPANG – Pihak berkuasa Malaysia menerima latar belakang yang 
diperiksa terhadap kesemua penumpang pesawat MH370 dari semua 
negara berkaitan, kecuali Rusia dan Ukraine, kata pemangku Menteri 
Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Kami menerima latar belakang individu penumpang yang diperiksa, 
dari semua negara kecuali Ukraine dan Rusia yang mana mempunyai 
rakyatnya di dalam pesawat tersebut. Setakat ini tiada maklumat yang 
penting dalam mana-mana penumpang ditemui,” kata Hishammuddin 
pada sidang media di sini, Rabu.

Seramai 239 penumpang dan anak kapal dengan kewarganegaraan 
berbeza menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang 
berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 
8 Mac lalu.

Pesawat itu, yang hilang dari radar Malaysia pada pukul 2.15 pagi hari 
yang sama membawa warga China, Malaysia, Australia, New Zealand, 
Perancis, Amerika Syarikat, Ukraine, Kanada, Rusia, Taiwan dan 
Belanda.

Perlu diingat, Russia dan Ukraine kini sedang bersengketa.Tentera Rusia 
telah menawan Crimea yang merupakan wilayah Ukraine yang diberikan 
taraf pemerintahan autonomi.

Wilayah itu mengandungi sebuah pangkalan tentera laut milik Rusia.
Askar-askar Rusia turut mengepung beberapa buah pusat ketenteraan 
Ukraine dan menuntut tentera negara itu meletakkan senjata. Berita Rtm
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.