Putrajaya hari ini berkata tindakan menggeledah rumah dua juruterbang pesawat
Malaysia Airlines MH370 dan menyiasat simulator penerbangan yang dibina 
di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah prosedur “normal”.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan hari ini,
Putrajaya mengesahkan polis ke rumah kedua-dua juruterbang dan pembantu 
juruterbang semalam untuk melakukan siasatan.

“Pegawai sudah bercakap dengan ahli keluarga juruterbang dan pakar kini 
sedang mengkaji simulator penerbangan.“Semalam, polis juga menggeledah
rumah juruterbang,” kata kenyataan tersebut.

Putrajaya juga meminta rakyat tidak terus melakukan andaian berhubung 
siasatan polis itu.Awal hari ini, akhbar Britain, Daily Mail melaporkan spekulasi
mengenai kehilangan pesawat MH370, dikaitkan dengan teori kemungkinan
pesawat tersebut dirampas juruterbang sebagai protes terhadap keputusan
Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas 
tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan 
pesawatBoeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie ke 
mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Semalam, polis mengeledah rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman
Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan.Daily Mail berkata,
terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari 
rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, 
minggu lalu.

Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan 
mengeledah rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan 
pihak polis awal minggu lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie 
dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari 
Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail.Zaharie menerbangkan pesawat 
MH370 bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Polis mengeledah selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 
pada sidang media khasnya yang antara lain berkata, siasatan kini beralih dan
tertumpu kepada kru pesawat berdasarkan petunjuk baru.Menafikan bahawa
terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik 
ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang 
dalam kapal terbang itu. – The Malaysian Insider.

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.