SHAH ALAM - Penganjuran acara muzik terbesar selama tiga hari di Stadium
Negara Bukit Jalil dilihat sebagai satu tindakan biadab dan tidak menghormati
sensitiviti rakyat Malaysia.
Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Muhammad Farhan Mat Zin
Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Muhammad Farhan Mat Zin
berkata, di kala negara sedang diuji ALLAH SWT dengan ketidaktentuan cuaca
hingga dilaporkan 10,000 kebakaran hutan, jerebu pada tahap membimbangkan
dan kehilangan MH370, namun pihak kerajaan masih membenarkan pesta
muzik diadakan.
"Saya melihat ramai pihak menganjurkan solat hajat di masjid-masjid dan solat
"Saya melihat ramai pihak menganjurkan solat hajat di masjid-masjid dan solat
Istisqa memohon pertolongan ALLAH untuk menurunkan hujan,tetapi
anak-anak muda terkinja-kinja berpesta di stadium," katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, dengan lambakan pesta seumpama itu, dikhuatiri pertolongan
yang dipinta dari ALLAH akan ditolak.
"Jangan mencabar kuasa ALLAH dan kita bimbang pertolongan ALLAH tidak
"Jangan mencabar kuasa ALLAH dan kita bimbang pertolongan ALLAH tidak
diberikan dengan wujudnya lambakan pesta-pesta seumpama ini," katanya.
Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah universiti di utara
tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara
berlebihan ketika berhibur di acara muzik terbesar itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kesemua mangsa
warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia
ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), awal pagi semalam.
Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena
Kamaruddin, 21, M Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza
Mohd Wazir, 27.
Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan,
dalamlingkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM
dan di PPUKM.
Dalam satu sidang media semalam, Mohmad berkata, ekoran keadaan ini,
pihak polissudah memberitahu penganjur bahawa konsert hari ketiga perlu
dibatalkan tanpa alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan.