Pengurus IT yakin temui imej MH370

By: Unknown →
Mike Seberger telah menemui imej ini dengan melayari imej-imej satelit 
di internet.

KUALA LUMPUR: Pengurus Teknologi Maklumat asal Amerika 
Syarikat, Mike Seberger mendakwa telah dapat mengesan imej pesawat 
MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang melalui penelitian 
beliau terhadap gambar-gambar satelit beresolusi tinggi, lapor Daily Mirror, 
semalam.  

Sebagai salah seorang yang terkesan dengan kehilangan misteri penerbangan 
MH370 itu, beliau cuba menjejaki kapal terbang yang hilang itu  dengan 
melayari internet.

Mike yakin telah berjaya mengesan kapal terbang yang hilang melalui 
gambar satelit beresolusi tinggi yang diambil dari permukaan laut di lokasi 
di mana kapal terbang itu dilaporkan hilang.  

Imej yang dikesan itu menunjukkan sebuah objek berbentuk kapal terbang 
terlindung oleh awan putih di satu lokasi di Teluk Siam, di kawasan Laut China 
Selatan.

Sebanyak 42 buah kapal laut dan 39 kapal terbang daripada 12 buah negara 
menyertai usaha mencari dan menyelamat kapal terbang boeing 777-200ER 
yang hilang dengan 239 penumpang.

Setelah 5 hari, usaha mencari dan menyelamat belum lagi membuah hasil.
Jika apa yang dijumpai Mike adalah tepat, ia satu kejayaan awal dalam 
Merungkai misteri  yang menakjubkan pakar dunia penerbangan.

Mike Seberger, 47, berasal dari Chicago, Amerika Syarikat, mengesan objek 
misteri ini setelah melayari laman sesawang Tomnod, satu laman sesawang 
yang memuat naik imej-imej satelit yang diambil dari kawasan  meliputi 
keluasan 1,000 batu persegi pada hari kapal terbang MAS itu dilaporkan 
hilang.Sumber 
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.