Pendedahan itu disiarkan The Wall Street Journal Asia (WSJ) sebentar tadi 
dengan memetik sumber dua individu yang mempunyai maklumat berKaitan.

Maklumat terbaru itu mewujudkan kemungkinan kapal tersebut telah diterbang-
kan ratusan batu lagi dalam keadaan yang agak samar.

Penyiasat udara dan pasukan keselamatan kebangsaan (AS) percaya kapal itu 
telah diterbangkan tambahan 4 jam lagi berdasarkan data yang dimuat turun 
dan dihantar ke daratan secara otomatik dari enjin kapal Boeing berkenaan 
bagi tujuan penyelengaraan dan pemantauan.

Kenyataan pakar AS yang terbaru itu konsisten dengan kenyataan Jabatan 
Penerbangan Awam Malaysia (DCA) semalam bahawa usaha mencari pesawat 
MAS itu diperluaskan ke Lautan Andaman, iaitu ratusan kilometer menghala 
barat laut dari tempat asal pencarian.

Bukti memperlihatkan DCA juga beranggapan bahawa kapal itu mungkin 
dilarikan.Tambah laporan WSJ, pejabat anti keganasan AS kini melihat kepada 
kemungkinan sama ada juruterbang atau sesiapa yang lain dalam penerbangan 
itu melencongkan kapal berkenaan menuju ke lokasi yang tidak dinyatakan 
selepas dengan sengaja mematikan alat transponder bagi mengelak dari di-
kesan radar.sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.