Kuala Lumpur - Pencarian penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MASdiper-
hebatkan selepas satu objek besar terapung dikesan oleh satelit China di 
koridor selatan Lautan Hindi.

Maklumat mengenai penemuan objek itu yang dikesan oleh satelit pemerhati 
China "Gaofen-1" kira-kira 12 tengah malam pada 18 Mac waktu Beijing telah 
disampaikan kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammud-
din Tun Hussein semasa beliau mengadakan sidang media di Hotel Sama-Sama 
di Sepang.

Maklumat daripada Duta China ke Malaysia Huang Huikang disampaikan kepada 
Hishammuddin dalam nota bertulis.

Agensi berita nasional China Xinhua dalam laman webnya www.xinhuanet.com 
berkata jurucakap Kementerian Luar negara itu Hong Lei berkata China telah
memaklumkan kepada Malaysia dan Australia selepas satelitnya mengesan objek berkenaan, berukuran 22 meter panjang dan 13 meter lebar, di selatan Lautan 
Hindi.

Satu lagi agensi kerajaan China, Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri bagi 
Pertahanan Negara (Sastind) berkata imej dari satelit itu merakamkan objek berkenaan pada 44 darjah, 57 minit latitud selatan, dan 90 darjah, 13 minit longtitud timur, di selatan Lautan Hindi.

Menurut Xinhua, lokasi objek berkenaan dikesan di sepanjang laluan koridor 
selatan yang mungkin dilalui oleh Penerbangan MH370, dan kira-kira 120 km ke 
barat dari lokasi objek yang dikesan Australia sebelum ini.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam 
satu kenyataan berkata China menyalurkan imej satelit kepada Australia yang 
mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di koridor selatan pada 
Sabtu.

AMSA berkata ia akan mengambil kira maklumat itu dalam pelan pencariannya 
pada Ahad.
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.