Pegawai kerajaan Australia hari ini berkata, salah sebuah kapal terbang 
yang digunakan untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 mengesan 
palet kayu kargo bersama-sama tali pinggang atau tali di kawasan pedalaman 
Lautan Hindi.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkannya 
sebagai "visual pertama dilihat dalam carian setakat ini".Objek itu dilihat 
oleh pesawat awam untuk membantu mencari Boeing 777-200ER pada Sabtu.

"Sebahagian daripadanya adalah palet kayu dan beberapa barangan lain yang 
tidak dapat digolongkan di sekelilingnya dan beberapa tali pinggang daripada 
beberapa warna dan kepanjangan berbeza," kata penyelaras operasi pesawat 
AMSA, Mike Barton.

“Kami cuba mencari semula semalam, menggunakan salah satu daripada 
pesawat New Zealand, dan malangnya mereka tidak menemuinya. Ia adalah 
perkara biasa – anda hanya perlu terbang beberapa ratus meter dengan pesawat 
laju,” katanya pada taklimat media.

Barton berkata, pencarian hari ini, yang membabitkan empat pesawat tentera 
dan empat pesawat awam akan kembali ke kawasan itu untuk mencuba mencari 
lagi objek berkenaan.

Pakar penerbangan yang memberikan pandangan mereka berkata, palet kayu 
biasanya digunakan untuk membungkus barangan dalam pesawat menyebabkan 
Barton menggambarkan ia sebagai “petunjuk yang munasabah”.

Beliau berkata, palet seumpama itu biasanya dibungkus ke dalam bekas lain 
sebelum dimasukkan ke perut kapal terbang tetapi ia juga sering digunakan 
dalam industri perkapalan.

Beliau memberi amaran, tali yang kelihatan “boleh jadi apa sahaja” dan sehing-ga pasukan pencari berjaya mencari semula objek berkenaan dan melihatnya 
sendiri, agak sukar untuk mengatakan sama ada ia berkaitan dengan MH370 
atau tidak. 
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.