SUBANG JAYA – “Dia cuba bangun dan lari setelah ditetak kali pertama, tapi
lelaki yangdatang ditemani seorang perempuan itu terus menetak tengkuk
mangsa berkali kali. Lepas tu saya lihat dia dah tak bergerak," demikian menurut
seorang peniaga nasi lemak, Waliah Made, 55.
Waliah yang menyaksikan kejadian pembunuhan seorang warga Myanmar di
Taman Perindustrian Maju Jaya, pagi semalam berkata, mangsa ketika itu
sedang berjalan kaki untuk menghantar barang makanan dari pasar mini
tempatnya bekerja ke medan selera berdekatan.
Sebelum kejadian, dia menyedari seorang lelaki dan wanita meletakkan
motosikaldi tempat parkir berhampiran bangunan rumah kedai tiga tingkat
berkenaan.
Menurutnya, dia ternampak lelaki tersebut terus menetak tengkuk mangsa
dan dalam keadaan berlumuran darah mangsa bangun dan berlari untuk
menyelamatkan diri.
Mangsa dikejar sejauh 20 meter dan terus diserang bertubi-tubi menggunakan
parang sehingga dia rebah berdekatan tangga rumah kedai tersebut.
“Saya hanya berani lihat dari jauh, apabila mangsa sudah tidak bergerak saya
“Saya hanya berani lihat dari jauh, apabila mangsa sudah tidak bergerak saya
terus memaklumkan kejadian kepada pemilik pasar mini tempat dia bekerja,
” katanya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata,
polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 7.55 pagi.
Pemeriksaan mendapati mangsa bekerja sebagai penghantar barang dan
dikenali sebagai Khin Win Maung, 34.
Leher mangsa dikelar sepanjang tiga inci, terdapat dua kesan hentakan di
belakang kepala berukuran satu inci dan kesan luka di belakang badan
sebelah kanan dpercayai dibelasah dengan objek tumpul.-SINAR