KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 
menyifatkan penyelesaian yang diguna pakai kerajaan Barisan Nasional 
(BN) bagi menangani krisis kehilangan pesawat Malaysia Airlines System 
(MAS) MH370 mencalar imej Malaysia di mata dunia.

Anwar berkata, teguran yang dikeluarkan pemimpin negara ASEAN juga 
memperlihatkan bahawa kerajaan cukup lemah dalam menguruskan krisis 
yang sedang berlaku seperti tidak mempunyai sebarang pengalaman.

Beliau turut mempertikaikan maklumat yang bercanggah dikeluarkan 
pemangku Menteri Pengangkutan, Pengarah Jabatan Penerbangan Awam 
dan MAS berhubung misteri kehilangan terbabit.

“Dia sebenarnya baru selesa dengan media yang dikongkong jadi bila 
berdepan dengan media bebas antarabangsa, dia kelam kabut. Bagaimana 
boleh timbul empat pasport, dua pasport, pesawat hilang, lepas tiga hari 
tentera udara kata patah balik.

“Semalam, kata tak pasti. Kita tidak boleh urus krisis dengan begini, 
kenyataan mesti disahkan dan tidak boleh ragu-ragu kerana itu yang 
diberitahu oleh bekas Panglima Angkatan Tentera kepada saya,” katanya.

Hujah Anwar disokong Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar 
yang menyifatkan Malaysia bukan sahaja kehilangan MH370 tetapi kredibiliti 
negara dan pimpinan turut terpalit sama ekoran gagal menguruskan krisis 
berkenaan. – Selangor Kini
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.