Vietnam hari ini menghentikan sepenuhnya sebarang usaha mencari 
dan menyelamat pesawat MH370 dalam wilayah penerbangan negara itu.
Langkah itu diambil selepas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib 
Tun Razak mengatakan tindakan sengaja merupakan punca kapal berkenaan 
hilang dari radar ketika dalam penerbangan ke Beijing, 8 Mac lalu dan ia telah 
diterbangkan ke arah barat Semenanjung Malaysia.

Pengesahan itu dibuat oleh Naib Ketua Turus Tentera Vietnam, Lt. Gen. Vo 
Van Tuan kepada media rasmi negara itu.“Kami telah secara aktif berusaha 
mengesan kapal berkenaan dari hari pertama (ia dilaporkan hilang), dan itu 
adalah tanggungjawab kami sebagai rakan di wilayah itu,” katanya.
Beliau berkata, negaranya telah mengerakkan 11 pesawat udara dan 10 kapal 
laut dalam operasi pengesanan itu.Mynewshub
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.