Tumpuan Siasatan Beralih Kepada Anak Kapal, Penumpang MH370

Labels:
By: Unknown →
Sepang- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata berdasarkan 
perkembangan terkini misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, 
pihak berkuasa telah mengubah tumpuan penyiasatan mereka kepada 
anak kapal dan penumpang pesawat itu.

Beliau berkata pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan, 
sebab kenapa penerbangan MH370 itu menyimpang daripada laluan 
asalnya menuju ke Beijing, selepas disahkan bahawa pesawat yang 
dilihat dalam data radar utama ialah MH370.

"Sepanjang tujuh hari lepas kami telah menjejaki setiap penunjuk dan 
meneliti setiap kemungkinan. Kepada keluarga dan rakan-rakan mereka 
yang terlibat, kami harap maklumat baharu ini akan membawa kita lebih 
hampir kepada penemuan pesawat itu," katanya dalam taklimat media 
di Sepang.

Datuk Seri Najib telah mengarahkan Kementerian Luar supaya memberi 
penerangan penuh kepada kerajaan-kerajaan asing yang mempunyai 
penumpang dalam pesawat berkenaan.

Belia juga mengarahkan pihak berkuasa Malaysia supaya berkongsi 
semua maklumat yang berkaitan secara bebas dan telus dengan pasukan 
penyiasatan yang lebih besar, negara-negara jiran dan rakan antarabangsa 
yang menyertai operasi bersama itu.Setakat hari ini 14 negara, 43 buah 
kapal dan 58 pesawat terlibat dalam pencarian itu.

Beliau berkata walaupun begitu hangat spekulasi yang disebarkan, pihak 
berkuasa mempunyai tanggungjawab terhadap penyiasatan yang dilakukan 
dan keluarga terlibat, untuk hanya mengeluarkan maklumat yang telah 
dipersetujui dan disahkan bersama.mynewshub
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.