Terkini: 8 pemuda dengar bunyi kuat – MH370

By: Unknown →
Gambar dan laporan pesawat MH370 oleh ihsan Mymetro – MRM
LOKASI yang dipercayai bunyi letupan kuat pada hari kehilangan pesawat 
MH370. 

Marang: Lapan pemuda mendakwa terdengar bunyi yang kuat dari arah Timur 
Laut Pulau Kapas, Marang pada hari kehilangan pesawat MH370.Kesemua 
pemuda itu mendakwa terdengar bunyi letupan yang agak luar biasa dan 
menakutkan ketika berehat di sebuah wakaf di Kampung Pantai Seberang 
Marang, Marang kira-kira jam 1.20 pagi pada Sabtu lalu.

Alias Salleh, 36, berkata, sebaik mendengar letupan itu, dia bersama tujuh 
rakannya bergegas ke tepi laut untuk meninjau dan mencari punca letupan 
berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian pelik.

“Dalam keadaan tertanya-tanya, masing-masing mengambil keputusan untuk 
pulang sahaja ke rumah dan mengabaikan bunyi misteri tersebut.

“Bagaimanapun, saya mula mengesyaki bunyi misteri itu mempunyai kaitan 
dengan kehilangan pesawat itu sejurus menerima berita berhubung insiden 
berkenaan yang disiarkan di dalam media elektronik secara meluas kira-kira 
jam 11 pagi, hari yang sama sebelum membuat laporan di Balai Polis Marang 
pada jam 10.28 pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa yang dihubungi 
mengesahkan ada menerima laporan berhubung bunyi misteri itu dan menyerah-
kan laporan itu kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

“Sehingga kini, kita serahkan kepada Bukit Aman untuk tindakan susulan dan 
hanya menunggu arahan selanjutnya.
“Ini kerana pengadu mendakwa hanya terdengar bunyi letupan tetapi tidak 
nampak sebarang objek,” katanya.

Dalam pada itu, dua kaki pancing mendakwa turut melihat cahaya lampu 
putih yang berkelip dipercayai dari sebuah pesawat yang terbang rendah pada 
awal pagi Sabtu lalu di Pantai Tok Jembal, Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Zaidi Mohamad, 49, berkata, dia melihat lampu putih yang berkelip ketika 
memancing bersama rakannya, Mohd Jasmin Mokhtar, 46, di pantai berkenaan 
kira-kira jam 2.30 pagi sebelum ia Hilang.

Katanya, lebih pelik lagi, 10 minit kemudian, Zaidi mendakwa turut melihat 
cahaya terang berwarna kuning bentuk bulat selama kira-kira setengah jam 
pada jarak kira-kira 10 batu nautika dari kedudukan tempat dia memancing.
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.