Nampaknya puzzle atau misteri pesawat MH370 semakin hampir terjawab 
dan kita pun tahu usaha mencari hari ini sudah giat dilakukan di Selat Melaka 
Laporan Malaysian Insider sumber Reuters:

Dalam perkembangan yang memeranjatkan, tentera Malaysia mendedahkan 
mereka mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang 
menerusi radar ketika pesawat yang masih hilang itu merentasi Selat Melaka, 
jauh dari di mana ia melakukan komunikasi terakhir dengan menara kawalan 
trafik awam di teluk Thailand.

Sumber tentera mengesahkan kepada Reuters Boeing 777-200ER dengan 239 
penumpang bertukar laluan dan menuju ke sebelah lain semenanjung Malaysia.
“Ia mengubah laluan selepas Kota Baru dan mengambil altitude lebih rendah. 
Ia terbang ke Selat Melaka,” kata pegawai tentera, yang diberi taklimat 
mengenai siasatan itu, kepadaReuters.

Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia, berada di 
pantai barat Malaysia.Syarikat penerbangan itu berkata, pada Sabtu lalu, 
pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal terputus hubungan 
selepas Kota Baru, bandar di pantai timur Malaysia.
                                                    sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.