Misteri pesawat MAS hilang: Orang ramai hari ini diingatkan jangan sewenang-wenangnya mengaitkan surah Yasin dengan misteri 
kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, 
berkata perbuatan menyebarkan beberapa potong ayat daripada surah 
Yasin yang dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat MAS pener-
bangan MH370 pada Sabtu lalu adalah tidak betul.

Beliau turut menyarankan orang ramai agar tidak terlalu ghairah me-
yebarkan potongan ayat Al-Quran ataupun terjemahannya menerusi 
media sosial jika tidak mengetahui ketepatan maksud ayat mengikut 
syariat Islam.

“Sudah beberapa kali pandangan dan teguran dibuat tentang hal ini 
kerana ada ayat yang tidak tepat penggunaannya (tafsirannya), jadi kita 
jangan terlalu ghairah memasukkannya ke dalam media sosial.
“Kita akan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 
berhubung hal ini.

“Pada masa sama kita bagi teguran dan peringatan sebagai didikan dan 
asuhan kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas menutup 
Persidangan Imam-imam Besar Masjid Negeri Peringkat Kebangsaan di 
Shah Alam, hari ini. – Bernama
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.