PESAWAT MH370 / PARLIMEN: Dewan Rakyat kecoh seketika apabila
beberapa ahli pembangkang mendakwa kerajaan gagal mengendalikan 
insiden kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) Sabtu 
lalu selain memberi kenyataan bercanggah.

Mohamad Imran Abd Hamid (PKR-Lumut) mahu Perdana Menteri, 
Datuk Seri Najib Razak datang ke dewan esok bagi memberi pen-
jelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kejadian itu.

“Selepas lima hari, apa yang berlaku, kemungkinan kapal terbang 
itu berada di dasar laut. Beri penjelasan, kalau boleh perdana 
menteri dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri 
Hishammuddin Hussein datang ke dewan esok,” katanya ketika 
membahaskan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan 
Rakyat, hari ini.

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) ketika mencelah perbahasan itu 
berkata, kerajaan perlu bertanggungjawab dan menerima teguran 
pelbagai pihak di atas kelemahan dan kekurangan ketika mengen-
dalikan kes kehilangan pesawat itu.

Beliau mendakwa kerajaan dan pihak berkuasa lambat bertindak 
sebaik sahaja menerima laporan kehilangan pesawat itu menye-
babkan masyarakat antarabangsa mengkritik kemampuan negara.
Tuduhan dan dakwaan bertubi-tubi itu menyebabkan berlaku per-
tikaman lidah di antara pembangkang dan penyokong kerajaan yang 
meminta semua ahli Parlimen khususnya pembangkang agar tidak 
menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata, adalah lebih 
baik semua pihak tanpa mengira perbezaan latar belakang politik untuk 
bersama-sama memikirkan penyelesaian terbaik dalam mencari 
pesawat yang hilang itu.

“Ini masalah negara, masalah bersama, sepatutnya perkara seumpama 
ini tanpa kita kira latar belakang politik kita mesti selesaikan secara 
bersama dan tidak ada masa untuk kita tuding menuding dan salah 
menyalahkan.
“Ini mana boleh sebut kemungkinan (pesawat) jatuh, kemungkinan 
itu, kemungkinan ini, kerana ia soal krisis jadi mana boleh kita buat 
andaian, mesti ada bukti yang sahih baru boleh buat pengumuman,” 
katanya.

Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) pula mengingatkan semua 
wakil rakyat pembangkang supaya berhenti mempersoalkan cara 
kerajaan bertindak dalam insiden pesawat MH370 itu sebaliknya 
bersama-sama bermuhasabah diri dan berdoa untuk kebaikan semua 
pihak. – Bernama
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.