Kuala Lumpur - Majlis Raja-Raja Malaysia (MRRM) menzahirkan rasa dukacita 
dengan kejadian pesawat MASMH370 hilang sejak Sabtu lepas dan menyarankan 
rakyat pelbagai agama, kaum dan kumpulan politik supaya menunjukkan 
semangat bersatu ketika negara menghadapi dan menangani tragedi ini.

MRRM dalam satu kenyataan berkata Majlis Raja-Raja sentiasa mengikuti 
perkembangan dan menghargai segala usaha yang dijalankan.

"Kerjasama dan bantuan dari pelbagai negara bagi membantu operasi mengesan 
pesawat yang hilang, amatlah dihargai," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Majlis Raja-Raja menyarankan supaya rakyat dari pelbagai agama, kaum dan 
kumpulan politik menunjukkan semangat bersatu ketika negara menghadapi dan 
menangani tragedi ini.

"Semoga mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah S.W.T. serta segala usaha 
menemui hasil terbaik, di samping mendoakan semoga kaum keluarga dan 
sahabat handai waris terlibat diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan 
bagi menghadapinya", kata kenyataan itu.sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.