Beijing Gesa Malaysia Tingkatkan Usaha

By: Unknown →
Beijing - Beijing semalam menggesa pihak berkuasa Malaysia meningkatkan 
usaha mencari dan menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) 
yang membawa 239 penumpang termasuk 150 rakyat China.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang, Beijing percaya 
Malaysia mampu melaksanakan segala usaha mencari pesawat MH370 
yang hilang sejak tiga hari lalu.

"Pihak Malaysia memberikan sepenuh perhatian kepada kejadian tersebut, 
namun berdasarkan situasi sekarang, mereka perlu meningkatkan usaha, 
katanya pada sidang media di Beijing, semalam.Ini berikutan, kemarahan 
dan kekecewaan yang dilahirkan oleh beberapa orang anggota keluarga 
penumpang pesawat terbabit terhadap usaha mencari.

Mereka turut mengkritik syarikat penerbangan MAS serta pihak berkuasa 
di Beijing dan Kuala Lumpur ekoran kekurangan maklumat mengenai 
kejadian tersebut.Qin berkata, pihaknya berharap Malaysia memahami 
perasaan keluarga penumpang dari China tersebut.

"Kami akan meneruskan usaha kami terutama bagi menggesa Malaysia 
berhubung isu operasi mencari dan menyelamat, selain isu susulan lain, 
katanya. (AFP).sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.