Wanita Skandal Bekas Menteri Besar Tuntut RM3 Juta!

Labels:
By: Unknown →
PETALING JAYA – Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) 
dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek
kepadanya.

Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang
hli perniagaant elah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.

Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 
5 Mei 2013.Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji 
dan enggan meluluskan projek

tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.Bagaimanapun, perempuan
simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB
hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.

Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan
 tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian.

Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas hati
kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak 
RM2.2 juta.Bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin 
dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.

FMT difahamkan ahli perniagaan itu cuba menghubungi MB untuk mendapatkan
baki RM2.2 juta seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi tidak dapat menghubungi 
beliau. – Free Malaysia Today

P/S: Persoalan di sini ialah, siapakah Menteri Besar yang dimaksudkan itu? 
Laporan seterusnya-sumber
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.