KUALA LUMPUR: Kita kini boleh mendapatkan telefon pintar dengan harga 
RM500 atau kurang, terima kasih kepada kemasukan jenama dari China. 
Pasaran kini sebenarnya sedang dibanjiri dengan telefon pintar. Jika anda 
berumur di antara 21 dan 30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan 
sebanyak RM3,000 atau kurang, anda mendapat rebat RM200 apabila 
anda membeli sebuah telefon pintar.

Tetapi untuk menggunakan kesemua ciri-ciri telefon pintar ini, kita perlu 
mendaftar bagi pelan data, dan di sinilah bermulanya masalah.Kebanyakan 
pengguna telefon pintar muda kini melihat bil telefon bulanan mereka 
meningkat sehingga lima kali atau lebih dan dengan gaji yang rendah, 
tidak semua mampu memilikinya.

Pakej Komunikasi Belia (YCP), yang telah dilancarkan pada 1 Jan tahun
lepas, adalah sebuah skim yang dimulakan dengan niat yang baik tetapi 
tidak dirancang dengan baik. Rebat yang diberi membantu lebih daripada 
1.5 juta orang muda memiliki telefon pintar, bagi menggalakkan lebih 
ramai belia menikmati kemudahan jalur lebar negara.

Bagi mereka yang telah mendapat manfaat daripada program ini, masalahnya 
bermula apabila mereka menerima bil telefon. Pengguna yang dahulunya 
membayar RM30 ke RM40 sebulan untuk bil telefon bimbit mereka, kini 
mendapat bil berjumlah lebih RM200 selepas menggunakan telefon pintar 
dengan pelan data.

Ramai yang telah disenarai hitamkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi 
kerana tidak membayar bil telefon mereka, menurut Mohd Ali Ibrahim, 
Persatuan Pemilik-Pemilik Telefon Bimbit Malaysia. Organisasi yang kurang 
dikenali ini mendakwa mempunyai 15,000 orang ahli, yang kebanyakannya 
tinggal di Lembah Klang.

Mohd Ali berkata yang sebuah pungutan suara yang dijalankan persatuan ini 
di kalangan ahli-ahlinya mendapati bahawa 40 peratus daripada mereka 
telah disenarai hitamkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Walau 
bagaimanapun, angka ini tidak boleh dianggap mencerminkan purata 
seluruh negara. Walaubagaimana pun, beliau melihat adanya kecacatan 
ketara dalam program rebat telefon pintar ini.

"Mekanisme bagi membolehkan belia memiliki telefon pintar ini tidak mengambil 
kira kepentingan kumpulan sasaran dan juga keupayaan mereka untuk membayarbil-bil bulanan yang lebih tinggi. Ia seperti melompat ke dalam laut tanpa 
mengetahui kedalamannya," katanya.-theheat.my

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.