Shila Amzah Rangkul Tempat Ketiga ‘I Am A Singer’

Labels:
By: Unknown →
TAHNIAH kami ucapkan kepada penyanyi Shila Amzah yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan akhir ‘I Am A Singer ‘, malam tadi.
Pertandingan yang berlangsung di Changsha, China dan disiarkan secara langsung di HunanTV Channel itu turut menyaksikan penyanyi dari negara itu, Han Lei merangkul trofi kejuaraan.
Tempat kedua pula disandang oleh penyanyi Hong Kong, G.E.M.
Dalam pertandingan itu, Shila berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu ‘When You Believe’ pada pusingan pertama sebelum beraksi solo pada pusingan kedua dengan lagu ‘Mama’ yang dipopularkan oleh Eco-M.
Empat lagi peserta lain ialah rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).
Pastinya kemenangan ini melakar satu lagi kejayaan manis buat Shila dalam usahanya melebarkan sayapnya menembusi industri hiburan di negara itu.
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.