Misteri telekung berdarah

By: Unknown →

GUA MUSANG – Penduduk gempar apabila menemui kain sembahyang
 wanita dipenuhi darah terkumpul di tepi pagar berhampiran pintu masuk
 masjid di Jalan Masjid Razaleigh di Bandar Lama di sini, awal pagi semalam.

Kain sembahyang itu ditemui seorang jemaah yang dalam perjalanan ke
 masjid untuk solat Subuh kira-kira jam 6 pagi.

Penduduk menganggap penemuan itu sebagai misteri dan dipercayai
ada perempuan bersalin ditinggalkan di tepi pagar masjid itu, awal
pagi semalam.

Bagaimanapun, mereka yang segera membuat pemeriksaan di dalam
dan luar kawasan masjid itu tidak menemui sebarang objek sama ada
janin atau bayi baharu yang ditinggalkan dan perkara itu menjadi
tanya tanya.

Seorang penduduk, Semah Abdullah, 55, berkata, dia mendapat tahu
mengenai perkara itu apabila dimaklumkan seorang jemaah selepas 
solat Subuh yang menyatakan menemui kain sembahyang wanita
dipenuhi darah di tepi pagar masjid.

Katanya, memang perkara itu menimbulkan persoalan kepada penduduk
sekitar kerana secara tiba-tiba ada kain sembahyang wanita yang
dipenuhi darah seperti perempuan lepas bersalin diletakkan di situ
 tujuan sebenar.

“Kebiasaannya, jika ada kain yang dipenuhi darah seperti itu ada perbuatan
 buang bayi selepas bersalin, tetapi apabila dibuat pemeriksaan, kami tidak
 menemui sebarang perkara yang mencurigakan dan titisan darah juga tidak
 ditemui.

“Tak tahulah, kita rasa pelik juga kenapa kain sembahyang wanita itu
 digunakan untuk menyapu darah dan perkara ini tidak pernah berlaku
 selama ini,” katanya.

Mamat Husin, 49, pula berkata, mungkin kain putih yang dipenuhi
darah itu ditinggalkan di tepi masjid terbabit lebih awal sebelum masuk 
waktu solat Subuh antara jam 4 hingga 6 pagi kerana darah di kain
berkenaan didapati masih basah.

Katanya, ramai penduduk bergegas ke tempat itu untuk melihat sendiri
 perkara berkenaan dan setakat ini belum ada kedengaran wanita bersalin
 di luar rumah sebagaimana andaian pelbagai pihak.

“Nak kata ada wanita bersalin anak luar nikah tidak munasabah kerana
 tidak ada kesan darah di kawasan masjid tersebut. Hanya ada pada kain 
sembahyang wanita itu sahaja ditemui penuh darah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah 
ketika dihubungi mengesahkan tidak menerima maklumat berhubung
kejadian.- Sinar Harian
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.