MH370: Luahan ibu penumpang pasport palsu

Labels:
By: Unknown →

Ibu kepada penumpang penerbangan MH370 yang menggunakan pasport palsu
tidak dimaklumkan mengenai kehilangan pesawat misteri tersebut dan disisihkan
lapor media antarabangsa CNN.

Ibu kepada Pouria Nourmohammadi, 18, salah seorang penumpang yang meng-
gunakan pasport palsu menaiki ketika mendaftar masuk menaiki MH370 kini
ketinggalan dan tidak menerima sebarang maklumat atau diberikan kaunseling
seperti ahli keluarga penumpang lain.

“Sebagai seorang manusia, sebagai ibu, tiada sesiapa memikirkan tentang saya.
 Saya keseorangan tanpa sokongan kecuali Tuhan,” katanya dipetik dalam
 laporan CNN.

Nourmohammadi bersama rakannya Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, 
menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dalam perjalanan menuju ke
Beijing yang tiba-tiba hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac.

Ibu Nourmohammadi mengakui anaknya melanggar undang-undang, 
bagaimanapun menyifatkan anaknya hanya cuba menjelajahi “mimpi indah”.

“Saya dedikasikan hidup untuk anak saya, apa yang saya mahukan ialah dia
 hidup gembira. Saya mahu mereka hidup bebas. Saya berdoa dapat jumpa
 dia lagi, tetapi itu tidak berlaku. Kami akan jumpa di dunia lain sekarang,
” katanya.

CNN melaporkan, MAS tidak menghubungi kedua-dua ahli keluarga 
penumpang berkenaan dan kes mereka masih dikendalikan oleh pegawai 
penyiasat.

Nourmohammadi dan rakannya menimbulkan kekeliruan semasa siasatan 
awal kehilangan MH370 apabila mereka menggunakan pasport yang
dicuri untuk menaiki pesawat MH370.

Pasport berkenaan dimiliki oleh rakyat Austria, Christian Kozel, 30, dan Itali,
Luigi Maraldi, 37, yang melaporkan pasport mereka dicuri ketika berada
di Thailand.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini berkata 
bebanan pangkalan data Interpol akan memperlahankan pemeriksaan
imigresen.

Zahid berkata, pangkalan data Interpol yang mengandungi data 
kehilangan 40.2 juta pasport adalah “terlalu besar” dan akan men-
jejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.

Namun, agensi polis antarabangsa, Interpol, menolak tanggapan Malaysia
pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit.

Interpol berkata, walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan
data itu berjuta kali setiap tahun, Jabatan Imigresen Malaysia tidak mem-
eriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi it sepanjang tahun ini sebelum kehilangan MH370 pada 8 Mac.

Berita berkenaan pasport curi digunakan dua penumpang membaw spekulasi pengganas dan sabotaj namun pihak berkuasa menolak
kemungkinan kedua-dua mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan
pengganas.

Setiausaha Agung Interpol dilaporkan berkata, kedua-duanya 
berkemungkinan bukan pengganas manakala Ketua Polis Negara, 
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penumpang berkenaan mencari suaka 
 perlindungan apabila polis menghubungi ibunya di Frankfurt.

Turut dilaporkan, pemuda Iran itu mula meninggalkan negara mereka bagi 
mencari kedudukan ekonomi dan kebebasan yang lebih baik.

Nasib Nourmohammadi dan Seyed Hamid, sama seperti 237 penumpang
MH370, masih lagi menjadi misteri apabila pesawat itu masih hilang ketika 
operasi mencari yang kini dijalankan di Lautan Hindi sudah masuk minggu
keempat.

Pasukan mencari dan menyelamat diteruskan di selatan Lautan Hindi tidak 
jauh dari Perth, Australia.Pesawat Boeing 700-200ER itu hilang daripada 
imbasan radar awam tanpa menghantar sebarang mesej kecemasan, 
memetik dari The Malaysian Insider.
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.