Naluri wanita ini lebih meminati pasangan sejenis, namun kerana mahu 
mendapatkan wang dengan cara mudah, dia sanggup berkahwin empat kali 
pada usia muda sebelum meminta cerai selepas mengikis duit suaminya.

 Modus operandi wanita cilik ini sangat licik. Berbekalkan wajah cantik dan
 tampak sopan dengan bertudung, dia menerima cinta mana-mana lelaki 
 sebelum setuju berkahwin dan menetapkan wang hantaran tinggi

Ketika peringkat awal perkahwinan, wanita ini menunaikan tanggungjawabnya 
sebagai isteri seperti biasa. Makan pakai, kehendak batin suami semuanya 
dijaga sebelum mencari jalan melepaskan diri apabila rumah tangganya men-
cecah kira-kira setahun, dipercayai dipengaruhi kekasih pengkidnya.

Onar wanita ini didedahkan suami keempatnya yang hanya mahu dikenali
sebagai Razak, 32, selepas isterinya melarikan diri dari rumah sejak 
November lalu.RAZAK menunjukkan gambar Aina (kanan) dan kekasih
 pengkidnya.

Menurut Razak, isterinya Aina, 32, menghilangkan diri mengikut teman wanita
ketika dia keluar rumah membeli sarapan pagi.“Pada mulanya, dia menyuruh 
saya membeli sarapan. Apabila pulang, saya terkejut mendapati dia menghilang-
kan diri bersama beberapa dokumen penting miliknya.

“Saya menjadi buntu ketika itu kerana tidak tahu di mana mahu mencarinya.
 Selepas disiasat, rupa-rupanya dia melarikan diri dengan kekasihnya,”
 katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Razak berkata, dia hanya Mengenali rakan isterinya beberapa minggu sebelum
Aina menghilangkan diri.

Katanya, isterinya membawa rakannya pulang ke rumah dan hanya diperkenal-
kan sebagai rakan lama.

“Sepanjang setahun perkahwinan kami, saya tidak pernah mengenali rakannya.
 Hanya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri, baru saya mengenali 
 wanita terbabit. Dia berperwatakan seperti pengkid dan mereka kelihatan akrab.

“Saya menyangka mereka hanya kawan baik yang sudah lama tidak berjumpa, 
tetapi sebaliknya pula berlaku. Selepas Aina menghilangkan diri, saya dapati dia 
dan ‘rakannya’ sering bersama, malah Aina turut memuat naik status dan
gambar intim mereka berdua di laman sosial Facebook dan WhatsApp.

“Saya rasa, mereka berdua mempunyai perancangan sendiri. Jika tidak, mengapa 
 isteri saya boleh berkahwin sebanyak tiga kali dalam beberapa tahun ini?

“Firasat saya, kedua-duanya hanya mahu menipu lelaki bagi mendapatkan wang
 hantaran,” katanya.

Menceritakan sejarah perkahwinannya, Razak berkata, ketika ingin mengahwini
Aina pada Mei tahun lalu, dia tidak tahu isterinya pernah berkahwin tiga kali.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya


    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.