Lelaki Indonesia dipenjara intai wanita dalam tandas

By: Unknown →
                                        Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR 15 April - Gara-gara menghendap seorang wanita di dalam 
tandas, seorang lelaki warga Indonesia dihukum penjara lima bulan oleh Mah-
kamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap MohamadGunawan, 23, seorang pekerja kilang, selepas dia mengaku bersalah terhadap 
pertuduhan itu dan diperintah menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh 
ditangkap pada 4 April lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara memanjat mangkuk tandas 
untuk menghendap wanita itu di bilik tandas bersebelahan melalui ruangan atas 
dinding di tandas wanita tingkat 3, bangunan Intermark Mall Management Office,Jalan Tun Razak, Wangsa Maju, di sini, pada 8 pagi, 4 April lepas.

Mengikut fakta kes, mangsa secara jelas nampak muka seorang lelaki sedang 
mengintai dari bilik tandas sebelah dan memanggil tertuduh keluar dari bilik 
tandas itu.

Apabila mangsa bertanya mengapa tertuduh memasuki tandas wanita itu, dia 
memberi alasan tandas lelaki di bangunan itu penuh menyebabkan mangsa 
menghubungi pihak pengurusan dan tertuduh ditahan.

Mohamad Gunawan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang 
boleh dipenjara sehingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Dia yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya mahkamah 
menjatuhi hukuman denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya 
Nor Diana Nor Azwa. - BERNAMA

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.