Kuasa besar terlibat misteri kehilangan MH370?

Labels:
By: Unknown →
SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat
dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat
keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk
negara tersebut.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti
Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti
Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah 
dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.

“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya 
benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian
ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan
kehilangan MH370 kepada Malaysia.

“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan 
maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam
situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha
mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada 
fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.

“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara
kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada
kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan 
masih belum menemui apa-apa,” katanya.

Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan 
perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, 
sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan 
Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini.-SINAR
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.