Kedudukan Shila Jatuh Merudum Kerana MH370?

Labels:
By: Unknown →

 LANTARAN isu boikot rakyat negara China terhadap Malaysia berikutan
 insiden pesawat MH370, penyanyi Shila Amzah yang sedang mencipta
 nama di sana turut terkena tempiasnya.

Ia jelas dilihat menerusi program realiti ‘I Am A Singer’ yang sebelum ini
menyaksikanShila berada di tangga pertama pada minggu ke-10 tiba-tiba menjunam jatuh ke tangga keenam pada minggu seterusnya.

 Keputusan itu nyata mengejutkan peminat dan juri profesional kerana
 persembahannya jarang sekali mengecewakan.

 Memetik laporan Harian Metro, ibu Shila, Fauziah Sarman berkata
 keputusan itu diterima Shila dengan hati terbuka.

“Kami tidak mahu membuat sebarang andaian berhubung perubahan
 kedudukan yang sangat drastik itu disebabkan ada kaitan dengan isu
 MH370.

“Shila bersikap terbuka dengan keputusan itu. Baginya, perkara ini biasa
 apatah lagi sudah sampai ke peringkat separuh akhir, strategi undian 
 penonton juga berubah kerana masing-masing mahu menyelamat­kan
 peserta tertentu.

“Kalau nak kata Shila diboikot, ketika insiden MH370 hangat diperkatakan
 di China, Shila tetap dilayan ­dengan baik dan peminat yang terserempak
 dengan Shila begitu teruja nak bergambar.

“Bagi Shila apabila dia berada dalam satu pertandingan dan memperoleh
 peluang, tiada alasan untuk patah semangat atau sambil lewa ketika
 membuat persembahan,” katanya.

 Sabarlah Shila. Kalau insiden pesawat ini menjadi pengukur para peminat 
 programtersebut untuk mengundi Shila, ternyata merekalah yang tidak
 bersikap profesional dalam hal ini

 Apa pun, kami yakin peminat sejati Shila akan terus menyokong dan
 mendoakan kejayaan Shila di persada antarabangsa.-newshub

    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.