Hanez Suraya Akhirnya Mohon Maaf

Labels:
By: Unknown →

Isu rampas suami, Hanez Suraya mohon maaf kepada Liyana Manan –Keengganan Hanez Suraya memohon maaf kepada isteri teman lelakinya, 
Liyana Manan sebelum ini menyebabkan pelakon itu dikecam hebat orang 
ramai di laman sosial termasuk akhbar-akhbar tempatan.

Lebih memburukkan keadaan, Hanez cuba bertindak kurang bijak apabila 
mengugut untuk menyaman Liyana kerana telah memalukan dirinya kepada 
umum jika gagal memohon maaf.

Bagaimanapun, menyedari sokongan orang ramai terhadap nasib yang menimpa 
Liyana Manan termasuk beberapa rakan artis, ini mungkin sedikit sebanyak 
memaksa Hanez untuk mengambil pendirian memohon maaf dan bersemuka 
secara berdepan dengan Liyana.

Sememangnya satu perkembangan baik buat bekas Awi Rafael itu namun ramai 
peminat mendakwa ianya sudah terlambat. Apapun, jika Hanez benar-benar 
ikhlas dengan permohonan maaf serta mengundur diri, mungkin reputasinya 
boleh dipulihkan



    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.