Kontroversi merampas suami orang yang menimpa pelakon Hanez Suraya
bukan lagi benda baru. Kalau yang mengikuti cerita Hanez ini, pasti tahu
cerita yang langsung tak sedap didengar.
Kasihan pula apa yang terjadi pada Hanez. Tapi hendak buat macam mana,
sudah takdir jatuh cinta dengan suami orang. Ini jalan cerita kehidupan yang
Hanez kena terima.
Cuma yang tidak patut, ada peminat yang buat ugutan kepada Hanez. Hendak
baling telur masa Hanez berlakon teater Projek Kahwin di Istana Budaya pada
Jun nanti.
Belum lagi yang hendak baling selipar ke muka Hanez kalau terserempak di
tengah jalan. Tak baik hendak buat macam tu dekat kaum wanita.
Tapi gara-gara ugutan begitu, Hanez kini terpaksa bawa bodyguard ke hulur
ke hilir di majlis-majlis tertentu. Hebat kan Hanez sampai ada bodyguard.
Kau orang yang buat ugutan tu ada ke bodyguard?
Yang untungnya, sudahlah kacak bodyguard, sasa pula badan. Siap bawa beg
tangan Hanez okey. Bertuah Hanez.
Apa pun memang sesuai sangat Hanez ada bodyguard. Dah sah-sah dia selau
kena ugut di laman sosial.
Kata Hanez, 29, dia sebenarnya terpaksa menggunakan khidmat bodyguard
atas nasihat keluarganya.
"Mereka terlalu risau dengan keselamatan saya terutama ketika berada di tempat
awam. Saya kalau boleh tidak mahu ada bodyguard tetapi keluarga yang
memaksa saya untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi kerana mereka
takut apa-apa akan terjadi nanti.
"Apatah lagi selepas menerima pelbagai ugutan daripada individu-individu yang
tidak dikenali di laman sosial," katanya ketika ditemui pada sidang media teater
Projek Kahwin, di Istana Budaya, di sini semalam Hanez turut terlibat dalam
teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya
(IB) pada 6 hingga 14 Jun ini.
Pada sidang media sama, pihak IB turut menjanjikan keselamatan ketat buat
Hanez dengan menempatkan pegawai polis sepanjang tempoh teater itu berlan-
sung sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ugutan terhadap pelakon itu.
Mengulas lanjut, Hanez berharap orang tidak memandang serong apabila dia
menggunakan khidmat bodyguard kerana dia lebih selesa keluar rumah secara
sendirian atau bersama rakan lain.
Namun dia bersyukur kerana sehingga kini, belum ada lagi kejadian yang tidak
diingini menimpa dirinya daripada mana-mana individu yang tidak dikenali.