SEMPORNA – Polis percaya bahawa kumpulan yang menculik untuk mendapatkan
wang tebusan, yang berpangkalan di selatan Filipina bertanggungjawab terhadap
penculikan dua wanita, seorang pelancong warga China dan seorang pekerja
resort warga Filipina di Semporna.
Polis turut mengesyaki bahawa tujuh lelaki bersenjata itu mendapat “bantuan
dalaman” untuk memasuki resort itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk
Hamza Taib pada Khamis.
Beliau menambah, “sesiapa yang ingin memasuki kawasan resort itu perlu
dibawa atau dibenarkan masuk oleh kakitangan Singamata Reef Resort.
Hamza berkata, pihaknya mengenal pasti kumpulan-kumpulan tertentu dalam
usaha mereka untuk mengesan lelaki bersenjata dengan harapan bagi menye-
lamatkan dua wanita yang diculik.
“Ia kelihatan seperti kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) yang
merupakan dalang kepada insiden ini.
“Kumpulan ini menculik mangsa dan kemudian menjualnya kepada kumpulan- kumpulan lain,” kata beliau sambil menambah bahawa mereka telah
merekodkan kenyataan 49 pekerja resort dan 61 pelancong (59 warga China,
seorang warga Iran dan seorang rakyat Malaysia) dalam siasatan mereka.
“Tiada tangkapan yang dilakukan,” kata beliau sambil menambah bahawa
mereka hanya mencari orang-orang yang boleh membantu dalam siasatan
mereka-newshub