Transkrip perbualan antara pesawat Malaysia Airlines MH370 dan Menara
Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang tidak menunjukkan perbualan luar
biasa, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

 Transkrip perbualan yang didedahkan hari ini menunjukkan perbualan terakhir
 pesawat MAS yang hilang pada 8 Mac bersama 239 penumpang dan kru
 adalah "Selamat malam Malaysia tiga tujuh kosong" (Good night Malaysia 
 three seven zero) pada jam 1.19 pagi.

Dalam kenyataan awal berkenaan kehilangan pesawat pada 8 Mac, Malaysia
Airlines berkata mereka "mengesahkan pesawat MH370 terputus hubungan
dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada 2.40, pagi, hari ini (8 Mac, 2014)”.

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun melakukan pembetulan terhadap 
kenyataan mereka dan berkata kali terakhir pesawat dihubungi adalah pada
1.19 pagi, bukannya 2.40 pagi waktu Malaysia.


"Transkrip ini dikongsi bersama dengan keluarga penumpang. Tiada 
perkara yang pelik direkodkan dalam transkrip," kata Hishammuddin
dalam kenyataannya di Kuala Lumpur hari ini.

Transkrip berkenaan juga katanya, merupakan sebahagian daripada 
siasatan Polis Diraja Malaysia.

"Malaysia Airlines sebelum ini berkata mereka mengenal pasti suara 
itu adalah milik pembantu juruterbang.

“Polis kini sedang berusaha untuk mengesahkan perkara itu, dan 
penyiasatan forensik terhadap rakaman asal sedang dilakukan," 
katanya lagi.

Pada 12 Mac lalu, pegawai Malaysia mendedahkan perbualan
"Baiklah, selamat malam" ("All right, good night" adalah kata-kata terakhir daripada pesawat MH370, yang dimaklumkan 
kepada keluarga penumpang di Beijing.

Hishammuddin turut berkata, pasukan penyiasat antarabangsa dan 
pihak berkuasa Malaysia masih berpendapat pergerakan pesawat 
berkenaan dilakukan dengan sengaja oleh individu dalam pesawat.

"Pasukan penyiasat antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia 
berpendapat, sehingga hari ini ketika pesawat hilang dari radar 'primary' 
tentera, pergerakan pesawat MH370 disengajakan oleh individu dalam 
pesawat," katanya. - The Malaysian Insider

    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.